Sudoku
Sudoku (Bahasa Jepun: 数独, sūdoku), kadangkala dieja Su Doku, adalah permainan berdasarkan logik juga dikenali sebagai Number Place di Amerika Syarikat. Matlamat permainan kanonikal ini adalah untuk memasukkan suatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu sel grid 9X9 dengan subgrid 3X3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dengan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suatu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja. Menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Walaupun ia mula diterbitkan pada tahun 1979, ia mula mendapat nama di Jepun pada tahun 1986 dan pada peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Sebab mengapa popularitinya naik dengan begitu lambat masa yang diambil masih menjadi tanda tanya.
Sudoku - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas